Friday, May 1, 2020

Macamana Untuk Istiqamah Membaca Al Quran -- Ingat Tiga Perkara

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita semua tahu menafaat membaca al Quran tapi bagi ramai orang untuk membacanya sangat susah dan untuk istiqamah membacanya lagi susah.

Tak ada excuse untuk tak membaca al Quran dengan istiqamah terutama yang ada ijazah sanad al Quran atau penuntut ilmu.

Percayalah membaca al Quran itu punca segala disiplin, kebahagian dan kejayaan besar. Jadikan dia task harian kita. Jangan kita sibuk dengan perkara lain walaupun exam, travel, covid atau kerja sampai tak bolih baca satu juz Quran tiap hari. Allah bagi kita 24 jam satu hari....mesti ada 1 jam yang kita bolih spare untuk baca Quran. Lagipun 1 jam yang kita guna untuk baca Quran sebenarnya tak hilang malah menambah membolihkan kita buat benda lain dan quality hidup kita bertambah naik. Orang yang dekat dengan Quran faham dan sedang menikmatinya.

Penting kita ingat tiga perkara ini. Kalau kita baca Quran kita sentiasa di ingati. Quran adalah reminder.

1. Mengenali Allah...punca taqwa. Kalau tak kenal Allah mcmana nak takut Allah.

Rasulullah sallallahu alayhi wasallam yg paling takut pada Allah sebab dia yang paling kenal Allah. Dia kekasih Allah.

وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّـهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّـهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ ﴿١٩٤﴾

dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (194) al baqarah

Kalau Allah bersama kita apa lagi yg perlu kita takutkan?

2. Tahu apa yang kita nak buat. Plan. Prioritize. Fikir dan tanya diri dulu sebelum buat sesuatu ... menafaat atau mudharat/tak ada faedah
Menafaat -- buat
Mudharat/tak menafaat -- jgn buat
Jadi kita tak menyesal nnti.

3. Sedar yang setelah kita mati kita akan di bangkitkan semula dan akan di soal. Kalau kita selalu sedar hal ini, kita tak akan buat sesuka hati semasa hidup ... buang masa, malas, tidur bnyk, buat dosa. Tapi kita akan sentiasa bergegas untuk buat perkara yang Allah suka, yang mendatangkan kasih sayang dan rahmah Allah.

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ وَٱلصَّـٰبِـِٔينَ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّـهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٦٢﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62)
Al baqarah

أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّـهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٦٢﴾ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ يَتَّقُونَ ﴿٦٣﴾لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَـٰتِ ٱللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ ﴿٦٤﴾

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62) (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (63) Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar. (64) Yunus

Semoga Allah permudahkn kita istiqamah membaca al Quran dan memahaminya. Semoga Allah terima dan berkati amalan kita dan masukan kita di kalangan muttaqeen dan soliheen. Aameen.

الله اعلم

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلّم

وبالله التوقيق

No comments:

Post a Comment