Friday, July 24, 2020

Bacalah Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Umm Aiman Barakah, seorang yang sangat di sayangi dan di hormati olih Rasulullah sallalahu alayhi wasallam, seorang yang beliau sallalahu alayhi wasallam gelar "ibuku selepas ibuku", sedang menangis semasa Abu Bakar dan Omar radhiallahu anhuma menziarahinya selepas Rasulullah salallahu alayhi wasallam wafat. Ketika ditanya, “Kenapa kamu menangis?” “Demi Allah sungguh aku tahu ketika dia akan wafat, tetapi sungguh aku menangis ini (wafatnya Rasulullah sallallahu alayhi wasallam) adalah pertanda Wahyu akan terputus dari langit,” jawab sedih Ummu Aiman. Mendengar itu, Abu Bakar dan Omar pun turut menangis teresak2.

Bagaimana keadaan kita sekarang berkenaan Quran? Apakah perasaan kita terhadap Quran? Adakah kita menghargai Quran?

Quran adalah Wahyu dari Allah. Bukan senang Rasulullah sallallahu alayhi wasallam menerima Wahyu -- adakalanya Wahyu datang kepadanya saperti bunyi loceng yang sangat keras, ini cara yang paling dahsyat yang sampai kepadanya.

Quran sekarang dah di depan mata, dalam bermacam bentuk, beraneka warna, multi media. Tak payah susah2 nak dapatkannya. Tapi kita ambik mudah. Kita leka dengan benda lain.

Jangan kata nak menghafal Quran, nak baca Quran satu muka sehari pun susah. Bukan orang awam saja yang tak ada habit membaca Quran, orang aliran ugama, termasuk aliran Quran pun ramai yang tak ada habit harian membaca Quran.

Cuba lah baca Quran tiap hari dan hafal Quran sikit2 tiap hari. Kalau tak tau baca atau tak berapa betul tajweed, pi la belajaq dengan guru. Hidup di dunia ni bukannya panjang walau pun bolih hidup 100 tahun atau 1000 tahun sekalipun macam Nabi Nuh alayhissalaam, hidup di akhirat lagi panjang -- selama2nya. Jangan tunggu sampai masuk kubur, baru nak buat. Itu dah terlewat lah.

Semoga Allah buka pintu hati kita untuk berteman dengan Quran. Semoga Allah jadikan Quran pelita hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti, teman kita di dalam kubur sehingga ke Syurga. Aameen.

Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallam.

And Allah knows best and is Most Wise, and He alone grants success, and to Him is the final return of all.

Wassalaam

No comments:

Post a Comment