In the Name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate
Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallam.
🚫Jangan jadi orang yang bankrap di akhirat
Bankrap di dunia masih ada tempat untuk bergantung 📞
Bankrap di akhirat, neraka jahannam tempatnya sebab dosa yang di tanggung. 🔥
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda:
“Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?” Para sahabat menjawab; “Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda.” Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)”
(Sahih Muslim)
Allahummaa salli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallam.
And Allah knows best and is Most Wise, and He alone grants success, and to Him is the final return of all.
Wassalaam
No comments:
Post a Comment