بسم الله الرحمن الرحيم
Imam Abu Amr al Basri, adalah salah satu imam Qiraat Asharah. Beliau terkenal sebagai ulama' al amilin (ulama' yg mempraktikan ilmunya). Beliau khatam Quran tiap 3 hari. Beliau mempunyai guru yang paling ramai. Bila di tanya bilakah waktu yang sebaiknya seorang belajar? beliau menjawab:“Sebaiknya ia belajar selama masih hidup."
Jadi selagi nyawa di kandung badan kita harus menuntut ilmu dan sebaik2 ilmu adalah ilmu Quran.
7 Adab Menuntut Ilmu
1. Niat yang ikhlas
Semata2 belajar untuk Allah
Untuk mendekati diri kepadaNya
Apa2 juga cita2 kita atau niat kita dengan ilmu yang akan kita pelajari dan dapati adalah semata2 untuk mendapat kasih sayangNya. Bila Allah sayang kita, Dia akan jaga kita.
2. Belajar dengan ihsaan (excellence)
Bersedia ke class. Jangan lambat ke class. Focus dalam class. Jangan tangguh2 tidur awal, bagun awal, buat homework dn amalan2 baik. Sifat menangguh adalah salah satu pintu syaitan yang ingin meragut imam kita. Imam adalah satu benda yang paling berharga dalam hidup kita.
3. Tawakkul .. rely on Allah
Perasangka baik dengan Allah. Allah itu Ar-Rahman Ar-Rahim.
Always have a positive outlook in life. Jangan give up atau berhenti belajar sebab rasa susah atau tak mampu. Itu ujian saja. Bila kita sudah mulakan sesuatu yang baik, teruskan sampai selesai. Tunjuk tawakkal kita pada Allah yg Dia akan selamatkan kita dari kesusahan.
"I am as my slave expects Me to be"
4. Buang habit yang tak baik dan jauhkan diri dari dosa. Tidak ada namanya dosa kecil atau besar dalam konteks ini. Dosa kecil akan jadi besar kalau di biarkan...macam api kalau tak di padamkn akan bersemarak.
Identify (kenali) habit tak baik dan ubah. Work hard to remove bad habits and replace them with good habits. Sebab ini adalah permulaan untuk mendapatkan akhlaq yang terbaik.
Rasulullah sallallahu alayhi wasallam ialah contoh kita yang terbaik. Allah memujinya dalam Al Quran,
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ ﴿٤
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (4) [Quran, Al Qalam 68:4]
Akhlaq yang baik saja lah yang akan memberatkan Penimbang kita di akhirat nanti.
Quran adalah cahaya Allah. Allah tak bagi cahayaNya pada orang yang berperangai tak baik atau yang buat dosa.
Orang yang di hatinya ada cahaya Allah akan rasa tenteram, aman, dan happy walaupun dia miskin dan banyak kesusuhan.
Kita semua ingin masuk syurga Allah, dan syurgaNya yang tertinggi. Maka kita perlu berusaha bersungguh2 untuk dapatkan akhlaq yang terbaik.
5. Bersyukur pada Allah
Orang yang tak bersyukur (atau berterima kasih) pada manusia yang telah berbuat baik padanya, ia juga tak bersyukur pada Allah.
Orang2 yang terdahulu faham erti syukur. Ada seorang yang berkata, 'aku adalah hamba pada orang yang mengajar aku walaupun satu huruf.'
Betapa pentingnya syukur itu
Allah bersabda,
(وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ)
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (7) [Quran, Ibrahim 7]
6. Banyak beristighfar dn berdhikir
Semua manusia buat dosa cuma sedar dengan tak sedar saja. Kalau kita anggap sesuatu perbuatan yang tak baik itu perkara kecil, walaupun satu kebiasaan umum, kita akan terjerumus ke dalam dosa besar satu hari nanti mungkin dengan tak disedari. Jangan benarkan putik tak baik membesar dengan beristighfar dan jauhi dari perkara yang mendatangkan dosa itu.
Kalau kita menghadapi kesusahan, cepat2 beristighfar. Ada ulama' yang beristighfar 1000x atau lebih bila beliau tak faham dengan sesuatu perkara.
Istighfar juga membuka pintu rizq...ilmu adalah rizq yg sangat besar.
Membaca al Quran adalah sebaik2 dhikr. Jangan malas practice membaca di rumah setiap hari.
Banyak berselawat atas Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam. Banyak blessings yang kita akan dapat dari amalan ini
7. Sentiasa berdu'a pd Allah...minta pertolongan dari Allah
untuk memudahkn kita belajar dengan ihsaan, bagi kita kejayaan di dunia dan akhirat, jauhkn kita dari fitnah dan malapetaka, bagi kita kesihatan, jauhkan kita dari sikap malas, bagi kita guru2 dan teman2 yang soleh dan solehah dan yang bertaqwa tinggi, dan sebagainya.
Tiada satu perkara itu mudah tanpa pertolongan Allah dan tiada satu perkara itu susah dengan pertolongan Allah.
Allahu 'alam
Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallam.
And Allah knows best and is Most Wise, and He alone grants success, and to Him is the final return of all.
Wassalaam
Popular Posts
- 5 Important Life Advice from Angel Gabriel (Jibril peace be upon him)
- The Most Blessed Marriage: Simplicity of Marriage Ceremony and Feast (Walimah)
- Punishment For Mistreating Your Parents in this Life, Before the Next
- Most Hated Places To Allah
- I Love the Righteous
- Come Beautiful Patience (Fa Sabrun Jameel)
- Surah Kahf Day: Say 'la hawla wa la quwwata illa billah'
- Birr Al-Walidayn (Kindness to Parents)
- When Afflicted With Calamity -- Du'a of Umm Salamah (R.A)
- If You Give Up Something For the Sake of Allah, Allah Will Substitute Them With Something Better.
No comments:
Post a Comment