Saturday, December 12, 2020

Adakah Rumah Anda Seperti Kubur?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallam


Rumah2 yang tidak ada penghuninya yang mendirikan solat sunnah dan membaca al-Quran di ibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.

Jadi janganlah cepat pergi setelah solat fard tiap hari. Sambunglah dengan solat sunnah.

Daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah sallallahu alayhi wasallam telah bersabda,

 “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu solat sunnah atau pun membaca al-Quran dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana2 rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.
 
(Hadith Riwayat Muslim)

Syaitan dan iblis takut mendengar ayat2 Quran yang dibaca oleh seseorang lebih2 lagi surah al-Baqarah. Amalkan membaca Surah al-Baqarah dengan bertaddabur dan mengamalkan ajarannya. Jika kita ada habit khatam Quran sebulan sekali, automatic kita ada habit baca al-Baqarah sebulan sekali.

Allahu 'a'lam


No comments:

Post a Comment