Monday, December 21, 2020

Jangan Sombong Dan Malas Kalau Ingin Petunjuk Dari Allah

بسم الله الرحمن الرحيم 

Quran di turunkan kepada kita untuk panduan hidup kita. Untuk jadi panduan, kita mesti mempelajarinya dan sentiasa membacanya untuk peringatan. Kalau kita baca Quran dan faham isinya, ianya pasti akan ada positif impact di hati kita. Itulah hidayah. Tapi kalau kita sombong, rasa tak perlu baca Quran dan kalau di baca hanya sekadar membaca Quran secara turun temurun, dengan hanya mengeluarkan bunyi atau melody kita sudah ketinggalan zaman.


Orang bukan Islam di barat, Amerika, Canada, UK, Australia dan Eropah memeluk ugama Islam berpuluh ribu setahun dan pantas mengikuti hidup Islam sebab mereka baca Quran dan faham apa yang di baca, maka mereka tertarik dengan ajaran Islam.

Malangnya, kita yang di lahirkan dalam keluarga Muslim masih ramai yang tidak membaca Quran dan susah sangat untuk membaca Quran tiap hari, tambah lagi membaca maknanya dan mempelajarinya. Ramai yang masih tidak tutup aurat dengan betul, masih tidak solat dan puasa. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. 

Wanita yang menceritakan kisah beliau memeluk Islam dalam video ini, memeluk Islam setelah membaca ayat Quran. Mashaa Allah. 

https://youtu.be/N-feialiGYY

"Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata..."

Bagaimana air mata ikhlas bolih keluar jika kita tidak faham apa yang di baca.

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّا نَصَـٰرَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ﴿٨٢
وَإِذَا سَمِعُوا۟ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا۟ مِنَ ٱلْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكْتُبْنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ ﴿٨٣﴾

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. (82) 

Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (83) 

[Quran, Al Ma'ida 5:82-83]

Semoga Allah tingkatkan iman kita dan jauhkan sifat-sifat sombong dan malas dari kita. Aameen.

Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa sahbihi wasallam

Wassalaam





No comments:

Post a Comment